Thursday, January 13, 2011

Koperasi Bela Rakyat (KOBERA)

Koperasi Bela Rakyat (KOBERA) merupakan sebuah badan yang ditubuhkan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) untuk membasmi kemiskinan dari masyarakat Melayu. Antara langkah yang telah diambil untuk mencapai matlamat di atas adalah menyediakan wang dana untuk perniagaan dan juga peluang pekerjaan.

Akan tetapi masalah yang dihadapi KOBERA sekarang ialah ia tidak dapat mengembangkan atau melestarikan tahap perniagaan yang telah diwujudkan oleh ahli koperasi. Hal ini berlaku kerana isu yang wujud di dalam ahli koperasi itu sendiri, iaitu mentaliti orang miskin, rasa cukup dengan benda yang sedikit, segan dengan penukaran dan rasa tidak layak untuk jadi kaya, sehingga ada setengah mengatakan ‘kalau aku dah kaya, siapa yang akan jadi miskin?, kita kena redha dengan ketentuan tuhan dan sebagainya. Perkara ini akhirnya akan membawa kepada kemunduran dan muflis.

Jadi pada pandangan pakar, mentaliti adalah sebuah perkara yang dapat dizahirkan melalui tingkah laku. Tingkah laku seseorang itu bertunjangkan mentaliti nya, yang tertanam kukuh di dalam dirinya. Jika kita ingin mengubah mentaliti mereka (orang miskin), ia merupakan suatu perkara yang hampir mustahil atau mengambil masa yang panjang, sedangkan perubahan dalam mengembangkan perniagaan harus dilakukan serta merta.

Dimulakan dengan punca pencarian mereka, bidang apakah yang sesuai dilakukan golongan miskin ini untuk memulakan perniagaan secara mudah dan dalam batasan kecil. Contohnya pertanian, walaupun ia mengambil masa yang panjang, akan tetapi ia tidak memerlukan apa-apa kemahiran khusus untuk menjalankannya, sesuai dilakukan oleh ahli koperasi yang tergolong bawah orang-orang miskin.

Langkah kedua ialah saluran kewangan, seperti langkah-langkah lepas yang telah diambil oleh pihak atasan koperasi dengan menyediakan wang dana, sekali gus menyerahkan kepada golongan pekerja miskin, sedangkan mereka (pekerja miskin) tidak mempunyai apa-apa kemahiran langsung dalam mengendalikan wang untuk perbelanjaan harian, belanja barang belian dan jualan. Hal ini akhirnya akan membawa kepada pengeluaran modal tetapi tidak ada pulangan keuntungan.

Sebelum memulakan sebuah perniagaan, pengurusan kewangan perlu dilakukan dahulu. Dalam hal ini, ahli pekerja miskin tidak boleh dilantik untuk mengurus wang dana yang telah diberi pihak atasan. Bahkan pihak atasan koperasi perlu melantik seorang pakar perakaunan untuk mengurus segala transaksi yang akan berlaku sebelum dan selepas perniagaan. Antara kaedah yang boleh diadaptasikan ialah kaedah ‘Empangan’, iaitu wang dana tidak akan diberikan sekali gus kepada para pekerja miskin, pada mulanya ia akan diserahkan kepada juru akaun yang telah dilantik, kemudian ia akan disalurkan mengikut keperluan para pekerja miskin. Dengan ini, bukan sahaja kedudukan wang akan diketahui, bahkan saluran wang juga akan terkawal. Ini adalah antara tanggungjawab pakar kewangan tadi. Kemudian tanggung jawab pekerja juga perlu ditentukan.

Antara tanggungjawab para pekerja ialah, mereka wajib memberi laporan harian setiap transaksi, seperti penyimpanan resit pembelian barang sebagai bukti dan juga catitan wang yang keluar dan masuk ( untuk catitan, latihan akan dijalankan untuk mengajar mereka sistem tersebut), tidak terkecuali pembelajaan tetap mereka seperti makan, pengangkutan dan keperluan harian. Kedudukan wang atau cash-flow perlu dikenal pasti juga. Untuk memastikan kesemua tanggungjawab ini dijalankan degan amanah, disiplin diri perlu wujud di dalam diri para pekerja seperti ketulusan dan hormat orang atasan.

Antara ramai para pekerja, tumpuan untuk menjayakan kesemua mereka ialah mustahil, iaitu bergerak kepada peringkat yang kedua, untuk mengembangkan perniagaan kecil kepada perniagaan besar. Kerana ini terbukti bukan hal atau isu yang mungkin dicapai, kerana lebih baik pekerja yang berpotensi itu diberi tumpuan penuh untuk melonjak ke arah level seterusnya, dan yang lainnya hanya diletakkan di tahap kelestarian. Gambaran ini terbukti lebih baik dari kesemua mereka gagal dalam perniagaan.

Selain dari itu, antara tumpuan yang kita boleh berikan ialah kepada anak-anak pekerja miskin ini. Kerana pemikiran dan mentaliti anak-anak mereka masih mentah dan belum lagi kukuh dengan pegangan seperti ayah-ayah mereka iaitu ‘biar redha denga ketentuan tuhan, biar miskin’

No comments:

Post a Comment