Tuesday, July 27, 2010

Menghormati Ramadan

Sedar tak sedar, bulan Ramadan Mubarak yang lama menghilang, kini hampir tiba. Ada beberapa isu yang biasanya akan timbul bila Ramadan menjelma. Antaranya perlantikan imam Al-hafiz untuk solat terawikh, Program khatam Al-quran, Qiyam-ul-lail dan lain-lain.

Tetapi ada juga langkah yang biasa tetapi aneh, yang diambil sempena bulan yang penuh barakah ini. Saya sebagai pelanggan setia surat kabar Berita Harian terbaca satu artikel yang agak menarik, tajuknya berbunyi ''Pusat hiburan tak operasi Ramadan''.

Adalah diketahui umum, bahawa maksiat di negara kita kini makin berleluasa, hari demi hari, ada saja benda atau isu baru yang akan timbul. Tetapi alhamdulillah syukur kepada Allah s.w.t yang telah memberi kita pemimpin yang masih ada sedikit fikir dan hormat tentang Islam, dengan mengambil langkah untuk menutup dan menghentikan operasi-operasi maksiat sepanjang bulan Ramadan Al-Mubarak ini.

Sekarang, titik yang kita perlu tumpukan perhatian ini ialah, adakah cukup bagi seorang hamba untuk mendapat redha tuhannya, dengan hanya beribadat selama sebulan... dan pada 11 bulan yang lainya, dia melakukan kejahatan dan maksiat.

Seandainya kita memang ingin menghormati agama Allah s.w.t, maka kita patut lakukannya setiap detik dan waktu. dan bukan sahaja pada bulan Ramadan, kalau penguat kuasa kita berfikir dengan teliti, maka mereka juga akan setuju untuk menghentikan dan menutup pusat-pusat hiburan ini selamanya dan bukan untuk Ramadan sahaja.

Dalam Al-Quran Allah s.w.t berfirman dalam surah Al-Ankabut ayat 45. Terjemah: "Sesungguhnya sembahyang itu menghalang dari perkara-perkara jahat dan buruk"

Mari kita renung sementara... kalau seorang insan menghormati Islam/Ramadan (dengan menjaga solat lima waktu serta amalan sunat yang lain) hanya pada bulan Ramadan, dan selepas bulan mulia itu, mengabaikan agama, malah memulakan balik adat buruk yang mana selalu dilakukanya sewaktu diluar Ramadan .... adakah kamu rasa penghormatan yang diberi kepada agama pada bulan Ramadan itu telah diterima Allah?sedangkan sembahyang nya tidak dapat menghalangnya dari perkara-perkara jahat dan berdosa? seperti mana jelas dalam ayat tadi?

Dan Allah s.w.t juga berfirman dalam surah Al-Anaam ayat 160. Terjemah: "Barangsiapa 'membawa' satu kebaikan di akhirat kelak, maka Allah s.w.t akan membalasnya dengan 10 kali ganda'.

Keterangan: Dalam ayat ini Allah s.w.t berfirman perkataan "membawa". Allah s.w.t tidak kata, Barangsiapa "membuat" kebaikan.... bahkan, Barangsiapa "membawa" kebaikan.
Jadi kalau seseorang itu berbuat amalan baik, tetapi selepas itu ada buat dosa. Contohnya tinggal solat fardhu, mengupat atau sebagainya, maka adakah amalan baiknya akan masih bersamanya.... atau hilang dimakan dosanya?

Kesimpulannya ialah, aneh sekali kalau hanya ingin menghormati bulan Ramadan sahaja. Sedangkan kewajiban sebagai seorang Muslim yang kita perlu laksanakan, bukanlah setakat di bulan Ramadan, malah sepanjang tahun.

Jadi saya sebagai seorang muslim yang mana masih cetek ilmunya ingin menyarankan bahawa, kita sebagai orang islam.. wajib bagi kita untuk menghalang kemunkaran dengan sepenuh tenaga dan mengajak seluruh umat islam kepada kebaikan dalam setiap keadaan dan waktu, hinggalah kita berpisah dari alam fana ini.

Akhir sekali saya menutup Post saya ini dengan sepotong hadith nabawi s.a.w: Terjemahnya berbunyi: Barangsiapa melihat kejahatan berlaku, hendaklah dia menghalangnya dengan tangannya dan kalau tidak berupaya maka halanglah kejahatan itu dengan lidahnya (bercakap) dan jikalau tidak ada upaya juga, maka zahirkanlah perasaan benci pada kejahatan itu. Sesungguhnya inilah tahap iman yang amat lemah.

1 comment:

  1. Istiqamahlah dalam setiap perkara yang kita lakukan..HR Muslim: Seseorang bertanya kepada Rasulullah,"Wahai Rasulullah, katakanlah kepadaku suatu perkara tentang Islam yg tidak mungkin aku tanyakan selain kepadamu.Rasulullah bersabda,"Katakanlah:'Aku beriman kepada Allah',lalu istiqamahlah.

    ReplyDelete